Saturday, 9 August 2008

BBQ di rumah Nazrul

Duduk kat sini, saing ngan orang Bangla... :). Ada sorang kawan Bangla, kawan sama2 pak guard :). Nama dia Nazrul. Yg speselnya Nazrul ni, dia boleh cakap melayu, sbb ada pengalaman 10 tahun keje kat Malaysia dulu. Selasa lepas, dia ajak buat BBQ kat umah dia. Pagi tu, temankan dia ke Ennis, potong kambing sekor. Wau! menarik...dapat beli daging kambing dgn hanya lebih kurang 4 euro sekg!

Petang tu, kami BBQ kat umah dia, sekali dgn Hadi dan famili....

Ni la Nazrul.


mmmm.....yummy..


Huda, anak Nazrul (Nabil) dan anak sedara dia...

**lagi gambar di sini

Tuesday, 5 August 2008

Ballycotton n Cork

Yesterday, Monday bank holiday in Ireland. We went to Cork, initial plan to Ballycotton for fishing :). On the way, nampak signboard 'Blarney Carboot sale Monday Bank Holiday'. Sebab orang rumah nak sgt ke carboot sale tuh, melencong ke sana jap. Rupa2nya kat carboot tu la, rezeki nak jumpa sorang kawan yg dah lama sgt nak jumpa.... Hadi, sorang chef kat Cork. Destinasi Ballycotton pergi jugak..tapi, kejap je la,kenal2 port fishing :). ... lagipun, nampaknya, masa ni ikan2 mackerel blum mau muncul2 lagi...




On the way back, singgah rumah Hadi....ok la..tak dapat fishing, dapat jumpa kawan pon jadi ler....


Hadi the chef

Monday, 28 July 2008

Fishing...o...fishing...

Minat dan teringin nak gi fishing :). .... Selepas tanya2 org kat mana port yg bagus untuk fishing, dan setelah menggoggle, Kilkee adalah destinasi pilihan. 3 hari lepas, aku ke Kilkee dgn sorang member, niat untuk fishing.

Siap bawak joran... sampai sana, tgk ramai org fishing...wa... menarik tuh! Tapi..bila betul2 sampai kat tempat diorang fishing...mak datukk! tingginya tebing! tak berani aku! hahhahha... niat terpaksa dipendam.... tak pe la..nanti cari port lain lagi yg lebih 'selamat'... hahahaha...







Sunday, 27 July 2008

Clay shooting

Went for clay shooting 3 days ago. It was an amazing experience... kalau ada peluang nak pegi lagi la.. :).


Friday, 11 April 2008

AGM MyPSI di Universiti Limerick

Sebenarnya event ni dah lama berlalu. hampir sebulan yang lalu. Hari sabtu 22-March-2008. Pada awalnya ,ingatkan pihak AJK MyPSi main-main je dengan cadangan untuk mengadakan AGM tahun ini di Universiti Limerick. Kita pun apa lagi, dengan berbesar hati la mengalu- alukan cadangan tersebut. Kami di Limerick hanya diberikan tugas sebagai AJK tempat dan jugak AJK tempat makan. Lain-lain dibereskan oleh kawan-kawan di Dublin dan Cork.

Mula- mula ingatkan nak buat AGM tu dekat surau UL ni je. Lagipun, tu je antara pilihan yang paling senang. Lagipun, tak pernah plak macam mana nak booking dewan kuliah atau mana- mana bilik di UL ni. kebetulan plak kita ada kunci surau tu. Ada jugak cadangan nak buat kat rumah Hadi, salah seorang kawan kat sini. (ex-housemate lama). But at last, setelah survey skit lebih kurang, akhirnya dengan bantuan supervisor yg baik hati, dapatlah menempah satu runag bilik tutorial di UL ni. Buleh la...

Akhirnya pada hari yang di tunggu- tunggu, akhirnya berlangsung la AGM tersebut. Alhamdulillah, buleh di katakan hampir semua ahli telah memberikan komitmen yang sangat-sangat tinggi untuk datang menjayakan AGM tersebut. Paling jauh drive ialah Kak Shima dan famili yang telah bersusah payah sanggup datang dari Ballybofey co. Donegal.

Geng-geng Dublin plak ialah Kak Tuty+Abang Mat, Kak Naz+famili, sharifah Aqida,Zakiah, Bakri, Shuib dan family. Semua datang konvoi dari Dublin awal-awal pagi. Kak Siti dan famili serta Salma plak datang dari Cork. kak Siti telah mendapat amanah untuk menyediakan makanan pada hari tu.. Lagi sorang ahli, Kak Aisyah dan famili khabarnya telah datang dari UK dengan kapal terbang khas untuk menghadiri AGM ini.

Walaupun semua pihak telah menyatakan untuk tidak mencabar kepimpinan yang sedia ada, namun terdapat jugak segelintir ahli yang membuat cadangan supaya kepimpinan sedia ada di gantikan... :-) Jadinya, keputusan pemilihan agak mengejutkan di mana hampir semua AJK adalah muka- muka baru.

Berikut adalah senarai AJK MyPSI Sesi 2008/2009 yang telah dipilih (walau pun tidak menawarkan diri untuk bertanding!)

Presiden - Razali Muda (UL)
Tim Presiden (Cork) - Cik Salma (UCC)
Tim Presiden (Dublin) - Sharifah Aqida (DCU)
Setiausaha - Hadi Manap (UL)
AJK1 - Mohd Nida (Dublin)
AJK2 - Khaironi Yatim (UL)

Selepas selesai AGM, semua di jemput makan di rumah En Hadi Manap, setiausaha MyPSi yang baru dilantik....

Sebahagian ahli MyPSI dan keluarga bergambar di perkarangan Universiti Limerick

bersambung semula...

Setelah sekian lama meninggalkan dunia bloggers ni, tiba-tiba minggu ni tak tahu kenape, terasa benar nak mula menulis semula. mungkin timbul rasa jealous kot kat isteri yang sekarang ni sudah jauh advanced dari aku dlm hal blogging nih..

sebenarnya terasa jugak nak menulis bagi berkongsi perasaan dalam memikirkan hal- hal berkaitan kehidupan di rantau orang ni. Banyak benda yang berlaku setiap hari sebenarnya yang boleh dituliskan dalam blog ni. Mungkin buat catatan supaya buleh dijadian kenangan. Kalu tak menulis, alamatnya, hampir semua perkara akan hilang lenyap di bawa angin apabila masa berlalu..

Cuma, harapnya semangat yang berkobar- kobar ni takde la akan hilang di telan angin pulak tak lama lagi..

Berhenti setakat ni dahulu buat kali ni. Dok buleh tulis banyok - banyok sangat.