Friday 9 January 2009

Discussion about my project

Semalam telah selamat satu perbincangan berkenaan perkembangan terkini projek phD aku bersama Dr Sinead O'Keefe, PostDoc research group kami. Alhamdulillah,berjalan lancar.aku telah present briefly ttg experimental setups aku serta sedikit sebanyak results dlm LabVIEW dan nampaknya dia agak berpuas hati kali ni.

Lepas tu, dia telah bermurah hati menjelaskan sedikit berkenaan basic principles about Beer- Lambert Law. Dan, selebihnya, aku telah diminta utk prepare about 5-pages about Beer- Lambert law tu, mcm mana utk derive supaya keluar nilai epsilon; absorption cross- section co-efficient utk infrared range ;-) penting utk integrate dlm program labVIEW nnt.

Alhamdulillah, setelah sekian lama, selepas lebih 2tahun buat research terawang- awang sorang- sorang, akhirnya ada la jugak Postdoc yg sudi bagi bantuan. Harap2nya, dgn adanya monitoring mcm gini akan cerahlah peluang utk aku balik Malaysia dalam tempoh yg sepatutnya.
Dah tak larat dah rasanya duduk sini. Walaupun masa ada lagi lebih kurang setahun lagi.
InsyaaAllah.

Allahumma Yassir Lana Umuurona Walaa Tu'assir Ya Kariim. Amin.

Wednesday 7 January 2009

Selamat bersekolah semula buat Fawwaz...

Hari ni, rabu 7 Januari 2009. Agaknya antara org yg paling happy hari ni ialah Fawwaz la. Sebab hari ni hari pertama persekolahan dia di sekolah baru. Sama2 dgn Kak Huda. Monaleen National School, begitulah nama sekolahnya..
Walaupun pagi td suhu sangat sejuk, tapi Fawwaz ttp excited nak pegi sekolah...

Ayah dan ibu serta adik Nabhan serta adik Hamdan mengucapkan selamat bersekolah utk Abg Fawwaz...
Muga Abg dapat menimba ilmu utk menjadi anak ayah yg soleh.

Adik hamdan dgn Abg Nabhan sekolah dkt rumah jer, dgn teacher ibu. Sebab adik kan kecik lagi...

Tuesday 6 January 2009

selamat bertarung... PRK036

Hari ni 6 Jan 2009. Dalam banyak2 benda, ada satu yg paling menarik aku rasa hari ning. nun jauh di tanah air adalah hari penamaan calon bagi PRK 036 Kuala Terengganu. Mujur la ada internet, buleh la jugak tengok2 gambar. Perasaan tu dok soh kira ah, berasa sungguh nok gi join berarak jugak.. Biasa lah, buat ramai majlis. Untung2 buleh makang nasik bungkus pree. hehehe

Calon PAS


Calon BN

Tiga calon yang rasmi bertanding...

Apa-apa2 pun, aku ucapkan selamat berjuang la buat semua penyokong calon2 yg bertanding.
Pandai2 la jaga diri, jangan sampai kena pukul oleh pihak lawan, ataupun kena tangkap polis..

Selamat berkempeng buat semua para penyokong, dan jugak selamat mengundi buat semua para pengundi berdaftar di P036 Kuala Terengganu, Bandaraya Warisan Pesisir Air!!!

Saturday 3 January 2009

selamat tahun baru 2009

Penulis ingin mengambil kesempatan jugak di sini untuk mengucapkan selamat tahun baru (walaupun dah terlewat sebenarnya...) biar la.. dengan azam tahun baru ni..
Aku nak grad... nak balik malaysia!!! Amin... InsyaaAllah.