AGM MyPSI di Universiti Limerick
Sebenarnya event ni dah lama berlalu. hampir sebulan yang lalu. Hari sabtu 22-March-2008. Pada awalnya ,ingatkan pihak AJK MyPSi main-main je dengan cadangan untuk mengadakan AGM tahun ini di Universiti Limerick. Kita pun apa lagi, dengan berbesar hati la mengalu- alukan cadangan tersebut. Kami di Limerick hanya diberikan tugas sebagai AJK tempat dan jugak AJK tempat makan. Lain-lain dibereskan oleh kawan-kawan di Dublin dan Cork.
Mula- mula ingatkan nak buat AGM tu dekat surau UL ni je. Lagipun, tu je antara pilihan yang paling senang. Lagipun, tak pernah plak macam mana nak booking dewan kuliah atau mana- mana bilik di UL ni. kebetulan plak kita ada kunci surau tu. Ada jugak cadangan nak buat kat rumah Hadi, salah seorang kawan kat sini. (ex-housemate lama). But at last, setelah survey skit lebih kurang, akhirnya dengan bantuan supervisor yg baik hati, dapatlah menempah satu runag bilik tutorial di UL ni. Buleh la...
Akhirnya pada hari yang di tunggu- tunggu, akhirnya berlangsung la AGM tersebut. Alhamdulillah, buleh di katakan hampir semua ahli telah memberikan komitmen yang sangat-sangat tinggi untuk datang menjayakan AGM tersebut. Paling jauh drive ialah Kak Shima dan famili yang telah bersusah payah sanggup datang dari Ballybofey co. Donegal.
Geng-geng Dublin plak ialah Kak Tuty+Abang Mat, Kak Naz+famili, sharifah Aqida,Zakiah, Bakri, Shuib dan family. Semua datang konvoi dari Dublin awal-awal pagi. Kak Siti dan famili serta Salma plak datang dari Cork. kak Siti telah mendapat amanah untuk menyediakan makanan pada hari tu.. Lagi sorang ahli, Kak Aisyah dan famili khabarnya telah datang dari UK dengan kapal terbang khas untuk menghadiri AGM ini.
Walaupun semua pihak telah menyatakan untuk tidak mencabar kepimpinan yang sedia ada, namun terdapat jugak segelintir ahli yang membuat cadangan supaya kepimpinan sedia ada di gantikan... :-) Jadinya, keputusan pemilihan agak mengejutkan di mana hampir semua AJK adalah muka- muka baru.
Berikut adalah senarai AJK MyPSI Sesi 2008/2009 yang telah dipilih (walau pun tidak menawarkan diri untuk bertanding!)
Presiden - Razali Muda (UL)
Tim Presiden (Cork) - Cik Salma (UCC)
Tim Presiden (Dublin) - Sharifah Aqida (DCU)
Setiausaha - Hadi Manap (UL)
AJK1 - Mohd Nida (Dublin)
AJK2 - Khaironi Yatim (UL)
Selepas selesai AGM, semua di jemput makan di rumah En Hadi Manap, setiausaha MyPSi yang baru dilantik....