Thursday, 26 March 2009

Dateline Conferences


Dah lama dah buat research.. tapi mcm ni la. Walaupun dah lebih dua tahun me'research'kan diri, tiap2 hari datang ke Uni tak pernah miss, tapi results yang dah dapat, hhmmm... takla banyak mana.

Buat research ni, sepatutnya results pun dah ada banyak la. Tapi, nampak gaya mcm bukan macam tu. Kalu dah banyak result, alangkah bahagianya..

Minggu ni rasa tension la pulak. Sebab supervisor suruh submit results ke conference. Tapi tu la, results yg betul2 concrete belum keluar lagi. tengok la mcm mana weekend ni kot2 ada rezeki, mana la tahu kot2 ada mari idea buleh goreng.


IEEE Sensors (Due 31/03/09!!!)


Yang best submit ke conference ni ialah dia sekali dengan journal. Sapa yang attend conference ni nanti akan diberi chances untuk submit paper yang di present masa conference tu ke journal yg berkaitan. Kira sambil menyelam minum air la. Sekali hantar dan jika diterima, terus dapat 2 publications. Kan best gitu. Lagi pun, conference ni dia punya journal, nampak gaya dia punya impact factor tu buleh tahan 'besar' jugak...


Eurosensors (Due 10/04/09)


Apa- apa pun, kalu results tak mengancam, peluang utk accepted tu takde la tinggi sangat. Tapi kadang2, skill goreng tu sangat penting. Ada orang, buat eksperimen sikit, results sikit je, tapi dia punya goreng, macam2 tajuk keluar atas satu result tu. Ubah title sikit, dah buleh hantar conference lain plak. Nampak gaya nak kena belajar la skills goreng nih..



Optical Fibre Sensors (Due 15/04/09!!!)


Conferences ni pulok, abstracts dia ada macam- macam. Ada yang nak cuma satu para abstracts je cukup dah. Ada yang nak 2-pages tak lebih dan tak kurang. Yang lagi susah, nak kena hantar full paper terus! Alamatnya tinggal angan- angan je la nampak gayanya..

Apa - apa pun, tengok la dulu macam mana. Angan- angan tu buleh, tapi yang realiti nya, masa la yang akan menentukannya...


Friday, 9 January 2009

Discussion about my project

Semalam telah selamat satu perbincangan berkenaan perkembangan terkini projek phD aku bersama Dr Sinead O'Keefe, PostDoc research group kami. Alhamdulillah,berjalan lancar.aku telah present briefly ttg experimental setups aku serta sedikit sebanyak results dlm LabVIEW dan nampaknya dia agak berpuas hati kali ni.

Lepas tu, dia telah bermurah hati menjelaskan sedikit berkenaan basic principles about Beer- Lambert Law. Dan, selebihnya, aku telah diminta utk prepare about 5-pages about Beer- Lambert law tu, mcm mana utk derive supaya keluar nilai epsilon; absorption cross- section co-efficient utk infrared range ;-) penting utk integrate dlm program labVIEW nnt.

Alhamdulillah, setelah sekian lama, selepas lebih 2tahun buat research terawang- awang sorang- sorang, akhirnya ada la jugak Postdoc yg sudi bagi bantuan. Harap2nya, dgn adanya monitoring mcm gini akan cerahlah peluang utk aku balik Malaysia dalam tempoh yg sepatutnya.
Dah tak larat dah rasanya duduk sini. Walaupun masa ada lagi lebih kurang setahun lagi.
InsyaaAllah.

Allahumma Yassir Lana Umuurona Walaa Tu'assir Ya Kariim. Amin.

Wednesday, 7 January 2009

Selamat bersekolah semula buat Fawwaz...

Hari ni, rabu 7 Januari 2009. Agaknya antara org yg paling happy hari ni ialah Fawwaz la. Sebab hari ni hari pertama persekolahan dia di sekolah baru. Sama2 dgn Kak Huda. Monaleen National School, begitulah nama sekolahnya..
Walaupun pagi td suhu sangat sejuk, tapi Fawwaz ttp excited nak pegi sekolah...

Ayah dan ibu serta adik Nabhan serta adik Hamdan mengucapkan selamat bersekolah utk Abg Fawwaz...
Muga Abg dapat menimba ilmu utk menjadi anak ayah yg soleh.

Adik hamdan dgn Abg Nabhan sekolah dkt rumah jer, dgn teacher ibu. Sebab adik kan kecik lagi...

Tuesday, 6 January 2009

selamat bertarung... PRK036

Hari ni 6 Jan 2009. Dalam banyak2 benda, ada satu yg paling menarik aku rasa hari ning. nun jauh di tanah air adalah hari penamaan calon bagi PRK 036 Kuala Terengganu. Mujur la ada internet, buleh la jugak tengok2 gambar. Perasaan tu dok soh kira ah, berasa sungguh nok gi join berarak jugak.. Biasa lah, buat ramai majlis. Untung2 buleh makang nasik bungkus pree. hehehe

Calon PAS


Calon BN

Tiga calon yang rasmi bertanding...

Apa-apa2 pun, aku ucapkan selamat berjuang la buat semua penyokong calon2 yg bertanding.
Pandai2 la jaga diri, jangan sampai kena pukul oleh pihak lawan, ataupun kena tangkap polis..

Selamat berkempeng buat semua para penyokong, dan jugak selamat mengundi buat semua para pengundi berdaftar di P036 Kuala Terengganu, Bandaraya Warisan Pesisir Air!!!

Saturday, 3 January 2009

selamat tahun baru 2009

Penulis ingin mengambil kesempatan jugak di sini untuk mengucapkan selamat tahun baru (walaupun dah terlewat sebenarnya...) biar la.. dengan azam tahun baru ni..
Aku nak grad... nak balik malaysia!!! Amin... InsyaaAllah.