Tuesday, 18 August 2009

Bila Nak Start Menulis Thesis

Bulan Ogos 2009 ini, bulan ke -34 pengajian PhD aku di University of Limerick.
Tempoh cuma berbaki kurang lebih 2-bulan sahaja lagi untuk habis sebelum bermula tempoh perlanjutan yang pertama.

Sepatutnya sekarang ini aku sedang bertungkus lumus menyiapkan tesis phD aku. Alangkah indahnya jika sekarang ini aku cuma tengah menambah- nambah sedikit tesis PhD aku. Tapi, realitinya tidak begitu. Sekarang ini aku cuma baru nak start- tapi malangnya masih tak start- start lagi.

Sudah lebih 2 minggu kebenaran menulis tesis diberikan oleh supervisor.
Sudah lebih seminggu thesis outline dipersetujui oleh post doc yang menyeliai aku.
Sudah banyak kali aku datang ke lab dengan tjuan untuk memulakan menulis tesis ini..
Sudah banyak kali aku duduk lama di depan komputer ini untuk menulis thesis.

Namun...
Sampai sekarang belum siap walaupun satu chapter.
Semuanya masih lagi kerangka yang tak penuh..
Semuanya masih lagi mencari2 bahan, mencari panduan untuk menulis, mencari style of writing untuk menulis, masih terkial - kial menaip ...
Masih menunggu - nunggu ilham untuk menulis..
Masih menunggu idea datang mencurah- curah...

Masalahnya, bila mula je nak menaip Thesis, ada sahaja tarikan lain yang memanggil - manggil untuk dibuat.. Akhirnya tertangguhlah hasrat yang murni itu..

Entahlah sampai bila aku akan menunggu..
Entahlah sampai bila aku akan begini...

Kalulah ianya semudah menulis karangan di sekolah...(pun dulu aku payah nak mengarang!), ataupun semudah menulis paper untuk conference...

Ataupun
Kalaulah ianya semudah sifir matematik yang difikirkan...
Kebiasaannya, bagi satu thesis PhD di University ini, kandungannya dalam 200 hingga 250 muka surat sahaja. Maksimum pun dalam 300 mukasurat sahaja.
Tak pernah jumpa lagi thesis PhD yang mencecah sampai 500 mukasurat.

Dulu pernah aku terpikir...
Kalu sehari dapat menulis hanya 5-mukasurat, maka tempoh untuk menulis 250 mukasurat hanyalah selama 50-hari sahaja. Atau, paling lama pun hanyalah 60- hari sahaja.
Itu baru 2 bulan! Alangkah bestnya kalu realitinya benar2 begitu.
Masalahnya, realiti menulis thesis ni bukan lah semudah itu..
Bertambah- tambah lagi lah bagi diri aku yang tidak berapa ada bakat terpendam untuk menulis karangan yang panjang2 nih...

Hari jumaat atau sabtu sudah akan bermulanya Bulan Ramadhan...
Bulan puasa..
Lepas tu, bulan Raya..
Nasib baiklah aku duduk luar negeri di tempat yang tidak ramai orang Melayu.
Nampak gayanya Raya Tahun ni berpotensi menjadi Raya yang paling tak merayakan..
Hari2 datang lab..
Thesis -- Thesis-- Thesis dalam kepala sokmo..

Akhir catatan, aku berdoa kepada Allah semoga Allah akan memudahkan urusan PhD aku ini.. Amin Ya Rabbal Alamin..

Saturday, 8 August 2009

Seven Secrets to PhD Success


Posting hari ini berkait dengan penulisan thesis. Semalam ada seorang kakak- kawan atas kawan yang tak kenal secara peribadi pun sebenarnya mengirimkan artikel ini ke peti Inbox.

Ceritanya, saya bertanya kawan2 dalam facebook tentang tips- tips untuk menulis Literature Review, maklumlah sekarang ni sedang berusaha untuk 'memulakan' penulisan thesis dengan bersungguh- sungguh. Alhamdlillah, ada ramai jugak lah yang sudi berkongsi ilmu pengetahuan masing- masing, walaupun hanya sebaris ayat sahaja. Ok lah tu. Very much appreciated.

Dalam banyak2 tips tu, saya rasa yang di bawah ni worth utk share dengan kawan2 yang in case terjenguk ke sini.

Menurut hasil Google yang saya buat secara sepintas lalu, kalaulah tidak silap, tips di bawah ini adalah rumusan ringkas dari sebuah buku yang bertajuk :
'Defeating self-sabotage: getting your PhD finished' oleh Hugh Kearns dan Maria Gardiner.

Berikut adalah tips ataupun rahsia tersebut secara ringkas:

1.Your supervisor(s)

  • Keep your priorities in mind first
  • Have regular meetings, even if you’ve done nothing
  • Have an agenda
  • Email them before (agenda) and after the meeting (follow up)
  • Be gently persistent

2.Write and Show as you go
  • (it’s not hide and seek)
  • Writing is not recording
  • Write before you are ready
  • Write early and often
  • Write for 2 hours every day, preferably in the morning (this was a big tip, they even said if you wrote intensively for 2 hours every working day of the year, for three years that you were guaranteed to get your thesis done).
  • When doing the 2 hour writing ‘nail your feet to the floor’- no email, no checking weather etc, not checking references- just writing, even if its ‘not good’ or you don’t feel ready . This is an exercise aimed at getting you into the habit of writing and getting over the anxiety or avoidance of writing.
  • Keep in mind you are not your thesis.
  • You are growing a ‘PhD brain’ so it’s going to be hard, this doesn’t mean you’re doing in wrong.
  • If the red pen is too scary for you, write in green pen and ask your supervisors to do the same.

3. Be realistic
  • it’s not a Nobel prize
  • Perfectionism is dangerous: ’the best is the enemy of the good’.
  • Is not a cure for cancer
  • Imposter syndrome (most academics feel like they’re a fraud)
  • Academic culture (learn that criticism is a part of this)
  • You are learning how to do research
  • Just because you feel bad, does mean it is bad: ‘feeling are not facts’.

4. Say no to distractions
  • Students are very good at finding ‘displacement activities’ (i.e. distractions).
  • Do not turn on your emails first thing in the morning.
  • Make your most important PhD task the very first thing you do once you start work.
  • Set specific times for checking emails and doing ‘other stuff’
  • Multi-tasking can give your brain the same effect as a cognitive impairment ‘makes you dopey’.

5. Your PhD is a job
  • That means working 9-5, but you get holidays
  • If you know when to work, then you know when not to work. This means you can guilt free switch off your brain. You will get more done this way.

6. Get help
  • You are not an owner-operator single person business!
  • It’s okay together help for editing, formatting, statistics, transcribing, collecting and entering data and for methods consultation.
  • Takes far too much time trying to figure things out for yourself.

7. You can do it
  • A PhD is 90 percent persistence and 10 percent intelligence.
  • Less than 1 percent of PhD students fail but 35 percent don’t complete
  • Usual completion rate (Australia) is 3.5-4 years
  • Need to persevere.

Personally saya rasa these tips are among the best one.

Semuga bermanfaat untuk diri saya dan juga rakan2...

Wallahu a'lam.


Thursday, 6 August 2009

Literature Review

Alhamdulillah hari ni telah siap draft 1 thesis contents ;-) Bersemangat jer nak menulis isi thesis tu pulok- tiba2 terasa bahawa ingin memulakan tulisan dengan chapter Literature Review..

Tapi, apakah itu sebenarnya Literature Review?...

Di sana jika di Google kan, memang terdapat banyak sangat lah berkenaan tips ataupun panduan menulis Literature Review. Antaranya seperti di bawah ini yang di kutip di sini:

What is a review of the literature?

A literature review is an account of what has been published on a topic by accredited scholars and researchers. Occasionally you will be asked to write one as a separate assignment (sometimes in the form of an annotated bibliography—see the bottom of the next page), but more often it is part of the introduction to an essay, research report, or thesis. In writing the literature review, your purpose is to convey to your reader what knowledge and ideas have been established on a topic, and what their strengths and weaknesses are. As a piece of writing, the literature review must be defined by a guiding concept (e.g., your research objective, the problem or issue you are discussing, or your argumentative thesis). It is not just a descriptive list of the material available, or a set of summaries

Besides enlarging your knowledge about the topic, writing a literature review lets you gain and demonstrate skills in two areas

  1. information seeking: the ability to scan the literature efficiently, using manual or computerized methods, to identify a set of useful articles and books
  2. critical appraisal: the ability to apply principles of analysis to identify unbiased and valid studies.

A literature review must do these things

  1. be organized around and related directly to the thesis or research question you are developing
  2. synthesize results into a summary of what is and is not known
  3. identify areas of controversy in the literature
  4. formulate questions that need further research

Cukuplah setakat itu ... Semoga Bermanfaat!

Menulis Thesis PhD

Tesis adalah kemuncak dalam pengajian phD. Proses penyelidikan yang telah dijalankan selama hampir 3 tahun sebelum ini, akan disimpulkan dalam sebuah hasil penulisan yang dipanggil thesis. PhD Thesis. Walaupun ada yang merasakan bahwa bukanlah sesuatu yang sangat sukar untuk menulis, namun bagi setengah- setengah orang, (macam diri ini lah agaknya), menulis tesis bukanlah sesuatu yang mudah. Hendak mula menulis pun mengambil masa yang tidak sebentar. Bukan jenis yang concentrate satu hari terus dapat 10-pages begitu..

Alhamdulillah, dalam progress meeting bersama SV minggu lepas, dia secara umumnya telah bersetuju lah memberikan kebenaran utk menulis thesis.

"Yes, you may start with writing the review chapter so that you could catch up with the style of writng.." kata SV aku.

Perhhh... Yang ditunggu- tunggu telah pun diberikan. Tapi, hari ni dah hampir seminggu, namun takde satu paragraph lagi yang telah benar2 berjaya ditulis...

Memang tidak dapat dinafikan bahawa menulis ini bukan lah sesuatu yang amat susah, namun bagi yang jarang2 menulis, references pun tak well organised, mcm diri ini , hhmm... bukan lah sesuatu tugas yang senang.

Namun InsyaaAllah akan ku cuba gagahi jua...

"Ya Allah, Engkau Permudahkanlah urusanku ini... Amin.

Wednesday, 1 April 2009

Alhamdulillah...

Alhamdulillah syukur sangat kepada Allah yg Maha Esa yg telah memudahkan urusan hamba-Nya di Limerick nih.. Dah selesai dah satu. Ada dua lagi date line. Mudah- mudahan ada idea untuk menulis yang dua lagi next two weeks..


Wallahu a'lam.

Thursday, 26 March 2009

Dateline Conferences


Dah lama dah buat research.. tapi mcm ni la. Walaupun dah lebih dua tahun me'research'kan diri, tiap2 hari datang ke Uni tak pernah miss, tapi results yang dah dapat, hhmmm... takla banyak mana.

Buat research ni, sepatutnya results pun dah ada banyak la. Tapi, nampak gaya mcm bukan macam tu. Kalu dah banyak result, alangkah bahagianya..

Minggu ni rasa tension la pulak. Sebab supervisor suruh submit results ke conference. Tapi tu la, results yg betul2 concrete belum keluar lagi. tengok la mcm mana weekend ni kot2 ada rezeki, mana la tahu kot2 ada mari idea buleh goreng.


IEEE Sensors (Due 31/03/09!!!)


Yang best submit ke conference ni ialah dia sekali dengan journal. Sapa yang attend conference ni nanti akan diberi chances untuk submit paper yang di present masa conference tu ke journal yg berkaitan. Kira sambil menyelam minum air la. Sekali hantar dan jika diterima, terus dapat 2 publications. Kan best gitu. Lagi pun, conference ni dia punya journal, nampak gaya dia punya impact factor tu buleh tahan 'besar' jugak...


Eurosensors (Due 10/04/09)


Apa- apa pun, kalu results tak mengancam, peluang utk accepted tu takde la tinggi sangat. Tapi kadang2, skill goreng tu sangat penting. Ada orang, buat eksperimen sikit, results sikit je, tapi dia punya goreng, macam2 tajuk keluar atas satu result tu. Ubah title sikit, dah buleh hantar conference lain plak. Nampak gaya nak kena belajar la skills goreng nih..



Optical Fibre Sensors (Due 15/04/09!!!)


Conferences ni pulok, abstracts dia ada macam- macam. Ada yang nak cuma satu para abstracts je cukup dah. Ada yang nak 2-pages tak lebih dan tak kurang. Yang lagi susah, nak kena hantar full paper terus! Alamatnya tinggal angan- angan je la nampak gayanya..

Apa - apa pun, tengok la dulu macam mana. Angan- angan tu buleh, tapi yang realiti nya, masa la yang akan menentukannya...


Friday, 9 January 2009

Discussion about my project

Semalam telah selamat satu perbincangan berkenaan perkembangan terkini projek phD aku bersama Dr Sinead O'Keefe, PostDoc research group kami. Alhamdulillah,berjalan lancar.aku telah present briefly ttg experimental setups aku serta sedikit sebanyak results dlm LabVIEW dan nampaknya dia agak berpuas hati kali ni.

Lepas tu, dia telah bermurah hati menjelaskan sedikit berkenaan basic principles about Beer- Lambert Law. Dan, selebihnya, aku telah diminta utk prepare about 5-pages about Beer- Lambert law tu, mcm mana utk derive supaya keluar nilai epsilon; absorption cross- section co-efficient utk infrared range ;-) penting utk integrate dlm program labVIEW nnt.

Alhamdulillah, setelah sekian lama, selepas lebih 2tahun buat research terawang- awang sorang- sorang, akhirnya ada la jugak Postdoc yg sudi bagi bantuan. Harap2nya, dgn adanya monitoring mcm gini akan cerahlah peluang utk aku balik Malaysia dalam tempoh yg sepatutnya.
Dah tak larat dah rasanya duduk sini. Walaupun masa ada lagi lebih kurang setahun lagi.
InsyaaAllah.

Allahumma Yassir Lana Umuurona Walaa Tu'assir Ya Kariim. Amin.

Wednesday, 7 January 2009

Selamat bersekolah semula buat Fawwaz...

Hari ni, rabu 7 Januari 2009. Agaknya antara org yg paling happy hari ni ialah Fawwaz la. Sebab hari ni hari pertama persekolahan dia di sekolah baru. Sama2 dgn Kak Huda. Monaleen National School, begitulah nama sekolahnya..
Walaupun pagi td suhu sangat sejuk, tapi Fawwaz ttp excited nak pegi sekolah...

Ayah dan ibu serta adik Nabhan serta adik Hamdan mengucapkan selamat bersekolah utk Abg Fawwaz...
Muga Abg dapat menimba ilmu utk menjadi anak ayah yg soleh.

Adik hamdan dgn Abg Nabhan sekolah dkt rumah jer, dgn teacher ibu. Sebab adik kan kecik lagi...

Tuesday, 6 January 2009

selamat bertarung... PRK036

Hari ni 6 Jan 2009. Dalam banyak2 benda, ada satu yg paling menarik aku rasa hari ning. nun jauh di tanah air adalah hari penamaan calon bagi PRK 036 Kuala Terengganu. Mujur la ada internet, buleh la jugak tengok2 gambar. Perasaan tu dok soh kira ah, berasa sungguh nok gi join berarak jugak.. Biasa lah, buat ramai majlis. Untung2 buleh makang nasik bungkus pree. hehehe

Calon PAS


Calon BN

Tiga calon yang rasmi bertanding...

Apa-apa2 pun, aku ucapkan selamat berjuang la buat semua penyokong calon2 yg bertanding.
Pandai2 la jaga diri, jangan sampai kena pukul oleh pihak lawan, ataupun kena tangkap polis..

Selamat berkempeng buat semua para penyokong, dan jugak selamat mengundi buat semua para pengundi berdaftar di P036 Kuala Terengganu, Bandaraya Warisan Pesisir Air!!!

Saturday, 3 January 2009

selamat tahun baru 2009

Penulis ingin mengambil kesempatan jugak di sini untuk mengucapkan selamat tahun baru (walaupun dah terlewat sebenarnya...) biar la.. dengan azam tahun baru ni..
Aku nak grad... nak balik malaysia!!! Amin... InsyaaAllah.