Thursday 6 August 2009

Menulis Thesis PhD

Tesis adalah kemuncak dalam pengajian phD. Proses penyelidikan yang telah dijalankan selama hampir 3 tahun sebelum ini, akan disimpulkan dalam sebuah hasil penulisan yang dipanggil thesis. PhD Thesis. Walaupun ada yang merasakan bahwa bukanlah sesuatu yang sangat sukar untuk menulis, namun bagi setengah- setengah orang, (macam diri ini lah agaknya), menulis tesis bukanlah sesuatu yang mudah. Hendak mula menulis pun mengambil masa yang tidak sebentar. Bukan jenis yang concentrate satu hari terus dapat 10-pages begitu..

Alhamdulillah, dalam progress meeting bersama SV minggu lepas, dia secara umumnya telah bersetuju lah memberikan kebenaran utk menulis thesis.

"Yes, you may start with writing the review chapter so that you could catch up with the style of writng.." kata SV aku.

Perhhh... Yang ditunggu- tunggu telah pun diberikan. Tapi, hari ni dah hampir seminggu, namun takde satu paragraph lagi yang telah benar2 berjaya ditulis...

Memang tidak dapat dinafikan bahawa menulis ini bukan lah sesuatu yang amat susah, namun bagi yang jarang2 menulis, references pun tak well organised, mcm diri ini , hhmm... bukan lah sesuatu tugas yang senang.

Namun InsyaaAllah akan ku cuba gagahi jua...

"Ya Allah, Engkau Permudahkanlah urusanku ini... Amin.

No comments: