Tuesday, 18 August 2009

Bila Nak Start Menulis Thesis

Bulan Ogos 2009 ini, bulan ke -34 pengajian PhD aku di University of Limerick.
Tempoh cuma berbaki kurang lebih 2-bulan sahaja lagi untuk habis sebelum bermula tempoh perlanjutan yang pertama.

Sepatutnya sekarang ini aku sedang bertungkus lumus menyiapkan tesis phD aku. Alangkah indahnya jika sekarang ini aku cuma tengah menambah- nambah sedikit tesis PhD aku. Tapi, realitinya tidak begitu. Sekarang ini aku cuma baru nak start- tapi malangnya masih tak start- start lagi.

Sudah lebih 2 minggu kebenaran menulis tesis diberikan oleh supervisor.
Sudah lebih seminggu thesis outline dipersetujui oleh post doc yang menyeliai aku.
Sudah banyak kali aku datang ke lab dengan tjuan untuk memulakan menulis tesis ini..
Sudah banyak kali aku duduk lama di depan komputer ini untuk menulis thesis.

Namun...
Sampai sekarang belum siap walaupun satu chapter.
Semuanya masih lagi kerangka yang tak penuh..
Semuanya masih lagi mencari2 bahan, mencari panduan untuk menulis, mencari style of writing untuk menulis, masih terkial - kial menaip ...
Masih menunggu - nunggu ilham untuk menulis..
Masih menunggu idea datang mencurah- curah...

Masalahnya, bila mula je nak menaip Thesis, ada sahaja tarikan lain yang memanggil - manggil untuk dibuat.. Akhirnya tertangguhlah hasrat yang murni itu..

Entahlah sampai bila aku akan menunggu..
Entahlah sampai bila aku akan begini...

Kalulah ianya semudah menulis karangan di sekolah...(pun dulu aku payah nak mengarang!), ataupun semudah menulis paper untuk conference...

Ataupun
Kalaulah ianya semudah sifir matematik yang difikirkan...
Kebiasaannya, bagi satu thesis PhD di University ini, kandungannya dalam 200 hingga 250 muka surat sahaja. Maksimum pun dalam 300 mukasurat sahaja.
Tak pernah jumpa lagi thesis PhD yang mencecah sampai 500 mukasurat.

Dulu pernah aku terpikir...
Kalu sehari dapat menulis hanya 5-mukasurat, maka tempoh untuk menulis 250 mukasurat hanyalah selama 50-hari sahaja. Atau, paling lama pun hanyalah 60- hari sahaja.
Itu baru 2 bulan! Alangkah bestnya kalu realitinya benar2 begitu.
Masalahnya, realiti menulis thesis ni bukan lah semudah itu..
Bertambah- tambah lagi lah bagi diri aku yang tidak berapa ada bakat terpendam untuk menulis karangan yang panjang2 nih...

Hari jumaat atau sabtu sudah akan bermulanya Bulan Ramadhan...
Bulan puasa..
Lepas tu, bulan Raya..
Nasib baiklah aku duduk luar negeri di tempat yang tidak ramai orang Melayu.
Nampak gayanya Raya Tahun ni berpotensi menjadi Raya yang paling tak merayakan..
Hari2 datang lab..
Thesis -- Thesis-- Thesis dalam kepala sokmo..

Akhir catatan, aku berdoa kepada Allah semoga Allah akan memudahkan urusan PhD aku ini.. Amin Ya Rabbal Alamin..

1 comment:

kin hashim said...

sudah berapa persen sekrg? hehhhe...go go ayah go!!